Monday, December 23, 2013

SEGERA : JEJAK SUSPEK ARDI HAMZA DISAHKAN MASIH DALAM NEGARA !



segera jejak suspek ardi hamza disahkan masih dalam negara 1


PASUKAN KHAS JEJAK SUSPEK TEMBAK MATI PEGAWAI AMBAK, DISAHKAN MASIH DIDALM NEGARA.

Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’.

“Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara.

“Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol.

Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas.

“Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek.

“Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang untuk mereka yang berkenaan melakukan perbuatan yang boleh memperdayakan polis,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, seorang pegawai bank mati ditembak di kepala apabila sedang dalam proses memasukkan duit ke dalam peti kebal bank berkenaan.

Suspek yang bersenjata pump gun itu telah melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah RM 450,000 dengan menaiki motosikal.

Setakat ini tiga individu termasuk isteri suspek telah ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam jenayah tersebut. Sumber : http://mynewshub.my

Jom kita kita sebarkan dan membantu pihak PDRM.

Wassalam, Wa'allahhualam.

 segera jejak suspek ardi hamza disahkan masih dalam negara 2

No comments:

Post a Comment